Tuesday, March 9, 2010


Perkhemahan Amal Smart Mukmin
Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz 2010
Impian Country Resort
Hulu Langat
Selangor Darul Ehsan
Asslammualaikum Warahmatullahi wabarakatuh..
Kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat,Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T. tuhan pencipta sekalian alam.Rasa rindu keatas junjungan mulia iaitu Nabi Muhammad SAW sebagai ikon umat sejagat di akhir zaman.Penubuhan Akademi Tahfiz Manbaul Huffaz (MAHFUZ) telah mendapat sambutan dari masyarakat umum,terutamanya dikalangan ibubapa yang inginkan anak sebagai para huffaz yang berwibawa dan bakal menjadi ulama yang muktabar pada masa depan.Pihak MAHFUZ berazam untuk memartabatkan Al-Quran dan memberikan khidmat nilai tambah dalam syiar dakwah kepada masyarakat.Alhamdulillah MAHFUZ telah berjaya diuruskan secara sistematik dan dikemaskinikan oleh pengurusan yang baru dan mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman.Pengenalan subjek akademik turut diajar menggunakan sukatan pelajaran KBSR dan KBSM.Manakala pengajian islam dan matapelajaran Diniyah dibawah rujukan kitab-kitab dari JAIS.InsyaAllah banyak lagi kegiatan yang lain bakal diadakan demi melahirkan para huffaz yang cintakan Al-Quran seterusnya merealisasikan membentuk generasi Al-Quran.sekian Wassalam...

MUDIR MAHFUZ
USTAZ AZHARUL AMANI@
AHMAD AL YAMANI BIN ABD AZIZ

Objektif

1. Mengadakan dan mengembalikan kegemilangan pendidikan islam.
2. Melahirkan tenaga pelapis para pendakwah yang bertaqwa,beramal soleh dengan islam.
3. Menjadikan pusat tahfiz untuk pembentukan fikrah dan membendung gejala keruntuhan akhlak dikalangn warga muda.

Wawasan (Visi dan Misi)

1. Melahirkan para dai'e (pendakwah) pelapis yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah.
2. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran,pengurusan serta bilangan para pendakwah di selangor.

Falsafah Pendidikan Mahfuz

1. Berusaha kearah melahirkan warga muda islam yang unggul dari aspek sahsiah,keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada islam,iman dan ihsan.
2. Melahirkan para pendakwah muda yang berkeperibadian unggul dan ditarbiah dengan suasana Al-Quran dan Sunnah.

Latar Belakang Mahfuz

Maahad Tahfiz ini ditubuhkan lebih kurang 16 tahun yang lalu,Tuan Guru Ust Asmuie Mubin Al Hafiz telah menjadi tenaga pengajar dan sepanjang penubuhannya ia telah berjaya melahirkan ramai tahfiz yang cemerlang dan berkerjaya.
Berikut adalah butir diri dan pencapaian pelajarnya:-
1. Ust Mahathir B Abdan Pegawai JAIJ JB
2. Ust Idzul A'la B Bajuri Hakim Mahkamah Syarie S'gor
3. Ust Fazri B Ismail Imam Besar Pekan Kajang
4. Ust Izhar B Habib Imam Besar Padang kota P.Pinang
5. Ust Razman B Tahir Imam Besar Masjid K.Kangsar